Saturday, April 25, 2015
Filled Under:
info
5 Jenis Masakan Tempoyak Yang Buat Perut Anda Bergelora??!!
Posted By:
Unknown
on 10:22 PM
Bila sebut saja nama tempoyak, air liur mesti kecur, kepala mula teringatkan masakan kampung dengan tempoyak. Selalunya bila dalam lauk ada tempoyak pastinya mereka akan bertambah nasi tanpa sedar.
Paling seronok bila dapat tempoyak pedas! Mengancam! Jom tengok 5 senarai makanan tempoyak yang pedas dan bakal buat anda berpeluh peluh. Jangan lepas ini, ada yang tak tahan selera terus melilau cari masakan tempoyak.
1. Masak Tempoyak Ikan Bilis
2. Gulai Tempoyak Ikan Patin
Nama ikan Patin pasti sinonim dengan orang temerloh namun sebut saja masakan Gulai Tempoyak Ikan Pasti pasti buat anda tak keruang. Biasanya lauk ini sangat pedas dan menjadi kegilaan orang ramai.
Gulai Ayam Masak Tempoyak
Tempoyak bukan sahaja di masak dengan ikan namun ayam juga boleh. Gulai ayam disertakan dengan kuah yang serba pekat, boleh menambat hati sesiapa saja.
Masak Tempoyak Daun Kayu
Selalu daun kayu dijadikan sebagai ulam ulaman ketika makan namun apabila dijadikan sekali dengan tempoyak, rasa makanan tu akan bertukar menjadi lagi sedap.
Gulai Tempoyak Ikan Kembong
Gulai tempoyak ikan kembong ini lebih kurang rupa dia macam ikan singgang tenggiri masakan dari pantai timur. Makan ketika waktu hujan pasti menggoda anda sehingga menjilat jari. Memang sedap!
Pada pendapat anda, yang mana satu pilihan utama untuk juadah anda sekeluarga? Jom kongsikan bersama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment