Tuesday, April 28, 2015

Filled Under:

Almy Nadia Tak Kongsi Gambar Anak Takut Di Kutuk Keyboard Warrior ??



Baru baru ini, buat kali pertama Almy Nadia berkongsi gambar anak perempuannya Nur Afrina Ariana di majlis cukur jambul dan juga akikah untuk anak angkat mereka.




Nur Afrina merupakan zuriat perkongsian hidup Almy Nadia bersama Fizz Fairuz. Kelihatan bahagia pasangan sedondon ini. Walaubagaimanapun, anak mereka tidak didedahkan kepada umum selama 60 hari dengan alasan tersendiri.


Menurut Almy, pada awalnya bukan tidak mahu berkongsi wajah anaknya untuk tatapan umum namun beliau mengambil pendekatan berhati hati kerana risau dikutuk oleh keyboard warrior. Hari cukur jambul adalah ulangtahun pertama Almy bersama suaminya.


Keyboard warrior ada pelbagai ragam. Ada yang suka hentam dan ada yang kritik untuk kebaikan. Namun ada juga yang hentam walaupun kepada bayi kecil tidak berdosa yang tak tahu apa apa. Antara yang terbaru adalah Anak kepada penyanyi Black menjadi mangsa keyboard warriors.


Isu sebegini kadangkala memberi kesan yang mendalam kepada mana mana ibu bapa.




0 comments:

Post a Comment