Wednesday, April 29, 2015

Filled Under:

Raja Bomoh Ibrahim Bakal Diwartakan Sesat - Harussani




Raja Bomoh yang menggemparkan rakyat Malaysia dengan kaedah berubat menggunakan buah kelapa iaitu, Ibrahim Mat Zin diwartakan sebagai sesat. Sebelum ini, Raja bomoh terbabit menjadi tumpuan rakyat Malaysia dengan upacara peliknya ketika kehilangan pesawat MAS MH370.




Jawatankuasa fatwa negeri mengeluarkan fatwa bahawa upacara pelik yang dilakukan oleh Raja bomoh terbabit didapati memesongkan akidah di wartakan sesat dan haram di Perak.


Namun, tarikh mewartakan belum dapat diputuskan kerana masih menunggu perkenan Sultan Nazrin Muizzudin Shah terlebih dahulu.


Mesyuarat telah diadakan dan perkara itu telah diputuskan dan hanya menunggu proses seterusnya sebelum diwartakan.









0 comments:

Post a Comment