Thursday, April 23, 2015

Filled Under:

Kamal Adli Tidak Tolak Jodoh Dengan Emma Maembong?



Walaupun Zizan Razak dikhabarkan bakal berkahwin dengan gadis sekampung Jun ini namun pergolakan hubungan di antara Zizan dengan Emma Maembong nampaknya masih belum reda walaupun keduanya sudah pun membawa laluan hidup berbeza.



Kontroversi semakin hangat diperkatakan apabila Emma Maembong berkongsi gambar sambutan hari jadi Kamal Adli ketika mereka berdua baru berpatah arang. Hubungan di antara Kamal Adli dengan Emma dikatakan bermula ketika pergambaran drama Syurga Tanpa Cinta.


Walaupun sebelum ini Kamal Adli menafikan wujudnya babak percintaan dengan Emma Maembong namun tidak mampu menangkis tekaan orang ramai tentang hubungan mereka berdua. Menurut Kamal Adli, beliau bukanlah lelaki yang kebulur mencari teman wanita.

Beliau turut menegaskan, pintu hatinya masih belum terbuka untuk wanita lain selepas 6 tahun bersama Intan Ladyana. Buat masa ini, soal cinta bukanlah keutamaan bagi Kamal Adli.

Walaubagaimana pun, Kamal Adli tidak menolak andai dijodohkan dengan Emma dan menyifatkan gadis tersebut seorang yang penyabar dan juga rakan yang baik. Bercakap mengenai jodoh, bagi kamal, semua nya adalah ketentuan Allah. ''Saya manusia biasa dan tiada hak untuk menolak jodoh dengan dia atau sesiapa sahaja''

Apapun, keduanya masih single dan kalau sudah jodoh, terus lah bina masjid. Jadikan pengalaman lepas sebagai pengajaran.







0 comments:

Post a Comment