Saturday, April 25, 2015

Filled Under:

Saya Sepatutnya Terus Menjadi Perdana Menteri - Tun Mahathir




Akhir akhir ini, Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir dilihat lantang bersuara mengkritik kepimpinan Dato Sri Najib dan Tun Matahir juga menyuarakan kesedihannya melepaskan jawatan Perdana Menteri sebelum ini.




Tun Mahathir merupakan seorang insan yang tegas dan berjiwa rakyat. Kesedihannya itu disuarakan apabila melihat keadaan negara yang semakin buruk selepas dipimpin oleh perdana menteri lain.


''Kadang kadang saya rasa saya patut terus menjadi Perdana Menteri''


Menerusi akhbar harian, Menurut Tun, kadangkala idea tersebut hadir apabila melihat keadaan negara kita yang semakin dilanda pelbagai masalah. Beliau terfikirkan perkara itu apabila kecewa melihat banyak perkara yang tidak betul dan tidak mampu untuk berbuat apa apa.


''Pada masa itu saya terfikir, kalau lah saya masih perdana menteri tentu saya  boleh berbuat sesuatu''


Tun juga mengingatkan supaya rakyat tidak menyokong mana mana pemimpin yang korup. 'Kuasa menjadikan kita korup, Tetapi kalau kuasa itu tidak terhad, kita akan jadi lebih korup dari yang lain. ''Sebab itu apabila kita mempunyai kuasa, kita perlu ingatkan diri supaya sentiasa sedar diri''


Tun dilihat seorang yang berdiri untuk rakyat dan menjadi suara rakyat. Sehingga kini, sokongan rakyat buat Tun Mahathir sangat kukuh dan utuh dan pembangunan negara kita hari ini lahirnya dari kepimpinan Tun Mahathir yang digelai sebagai bapa pembangunan.




0 comments:

Post a Comment