Monday, April 20, 2015

Filled Under:

Kamal Adli Bercinta dengan Emma Maembong??




Sejak Emma Maembong putus cinta dengan Zizan Razak pelbagai spekulasi yang bermain di minda peminat. Baru baru ini, majlis harijadi Kamal Adli, kelihatan disambut dengan Emma Maembong dan sekaligus menguatkan firasat peminat bahawa mereka berdua sedang bercinta.


Walaupun pelbagai khabar angin yang bertiup kencang, bagi kamal kini dia dan Emma dalam fasa mengenali hati budi masing masing.

''Kami hanya kawan, masih diperingkat berkawan. Dengan situasi yang sedang melanda, saya tak mahu dituduh cuba sailang. Saya tak pernah wujud ketika Emma dan Zizan bercinta. Masih terlalu awal untuk kami ke fasa serius''

Menurut kamal, kejutan yang dibuat Emma ketika majlis harijadinya, apa yang dilakukan adalah tidak lebih dari seorang kawan dan turut berasa simpati dengan Emma apabila dikritik memuat naik gambar sambutan harijadinya itu.

''Dalam situasi ini, saya pun hairan kenapa dia dibenci dan dimarahi peminat. Ruang harus diberikan kepada mana mana artis pun jika jodoh mereka tidak berpanjangan.''

Apapun, kepada Kamal Adli dan Emma Maembong, semoga hubungan terus berkekalan dan diberkatiNya. Menjadi selebriti pastinya bukan sesuatu yang mudah.





0 comments:

Post a Comment