Wednesday, April 22, 2015

Filled Under:

Kerana Jubah ''Terlajak Jarang'' Dato Aliff Syukri Minta Maaf



Semalam kecoh di laman sosial apabila sekeping gambar Dato Aliff Syukri yang memakai jubah nipis dan menampakkan pakaian di dalam. Jubah putih apabila bergambar di bawah cahaya matahari memang akan nampak jarang.




Walaubagaimanapun, setelah menerima pelbagai reaksi daripada peminat Dato Aliff Syukri di instagram beliau, dato aliff syukri memadamkan gambar tersebut. Tidak lama kemudian, Dato Aliff Syukri memohon maaf di atas keterlanjuran beliau yang tidak sedar dengan keadaan jubah yang menyebabkan pengikutnya kurang selesa.


Di ruangan komen instagram, beliau memohon kemaafan. ''Maafkan kekhilafan sebentar tadi. saya memang tidak perasan gambar yang diupload tadi sebab terlalu busy saya main update saja''. ''gambar terlanjur tadi kelihatan seperti itu tadi kerana pencahayaan harap semua tidak memperbesarkan perkara ini''


Dato Aliff Syukri pun sudah membuat penjelasan di atas kesilapannya. Tiada manusia yang tidak pernah membuat kesilapan walau sebesar kuman. Jangan lah kita terus menghukum orang tanpa usul periksa.

Kagum dengan Dato Aliff yang tidak cepat melatah dan terus memperbetulkan kesilapan kecilnya itu.




0 comments:

Post a Comment